Isnin, 3 April 2017

Projek Kelulut

 

PENGENALAN
1.0       LEBAH KELULUT 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja(juga digelar Meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hamper 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.  Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara dan kawasan tropika Amerika. Madu
kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah yang biasa. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Masu kelulut tidak putih seperti didakwa. Rasanya masam sedikit berbanging madu lebah yang lain. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan sepsis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.


2.0       HABITAT LEBAH KELULUT
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan perbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam system tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona Thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, mangis atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza-beza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak.  Sarang kelulut lazimnya dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir)
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat dan kadang-kadang najis haiwan.  Ianya seperti propolis hitam dan gelap.  Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang.  Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungaan yang terdapat di kaki belakang.  Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut      membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpan madu dan debunga. Tempayan ini bersaiz dari lima hingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah sepsis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu.  Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.  Ratu baru  akan dihasilkan, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.
  

3.0   MADU DAN MAKANAN KELULUT DARI DEBUNGA

Secara ringkas, jantina atau setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima.  Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid – satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron.  Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haplois).  Dalam system lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu lebah bekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang di terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makan jeli raja dan lebah pekerja diberi akan debunga)
Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan genetic sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu.  Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa.  Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga.  Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati
  
4.0  KHASIAT 

Madu kelulut berasal dari sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti        antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah di makan.
InsyaAllah, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan     menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya kencing manis, strok,   hepatitis hati, kancer, darah tinggi, batu karang, asma, gout, batuk, selsema, sakit kerongkong dan lain-lain.
Propolis kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
InsyaAllah mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel-sel kancer 

 
 
  
Selepas hampir setahun sarang-sarang yang diternak mula menghasilkan madu.  Process menyedut madu kini sedang dilakukan bagi memenuhi permintaan... Sebanyak 11 sarang telah diusahakan untuk permulaan. Kini 4 sarang telahpun mengeluarkan hasil. KoPerS juga bekerjasama dengan pengusaha setempat bagi mempelajari selok belok pasaran dan bekalan.
Madu kelulut yang telah siap untuk dijual.  Hanya perlu di tampal label. 
Harga jualan mengikut saiz botol biasa sekitar RM70 - RM35
Madu lebih sesuai menggunakan botol kaca untuk mengekalkan kesegarannya.
 
   
 Proses menyedut Madu Kelulut
 
  







Tiada ulasan:

Catat Ulasan