Sabtu, 30 April 2016

Koperasi Persona Solidariri Berhad - KoPerS

(30hb Apr 2016)

Assalammualaikum 

Permulaan bicara bagi memperkenalkan Koperasi Persona Solidariti Berhad - KoPerS
KoPerS ditubuhkan pada 29hb Mar 2015 dengan ahli seramai 58 orang dan kini telahpun bertambah sehingga 66 orang.    KoPerS telah diluluskan oleh SKM pada 3hb Julai 2015 dengan no pendaftaran :  B-4-1607.  KoPerS juga telah mendaftar sebagai ahli Angkasa pada 1hb Sept 2015

Untuk permulaan KoPerS hanya memerlukan 100 orang ahli sahaja dan siapa cepat dia adalah ahli KoPerS.  KoPerS ditubuhkan bagi tujuan perkhidmatan, percetakan dan bakal bertindak sebagai penganjuran atau event.  Kami terdiri dari ahli- ahli yang begitu komited bergerak dengan pantas bagi merealisasikan  impian untuk membantu ahli-ahli KoPerS yang terdiri dari peniaga-peniaga PKS dan IKS. 

 Buat waktu ini KoPerS sedang merangka beberapa projek untuk diusahakan.  Projek pertama KoPerS yang sedang dalam perancangan ialah mengusahakan ladang ternakan madu kelulut.  Setakat ini KoPerS telahpun mempunyai 5 sarang untuk permulaan.  Taman akan didirikan bersesuaian dengan habitat kehidupan kelulut. 

Plan tindakan KoPerS yang difikirkan perlu ialah mendaftar dengan Jabatan Pertanian dan Mardi.  KoPerS juga merancang untuk memperluaskan ladang ternakan kelulut sehingga boleh mencecah 20 hingga 30 sarang. 

Pada 10/04/2016 KoPerS telahpun mengadakan mesyuarat Agung kali yang pertama dimana beberapa saranan telah dibuat bagi memantapkan lagi pihak pengurusan KoPerS. Saranannya seperti berikut :

1. Menjadi agen Bank Rakyat untuk memudahkan ahli KoPerS memohon bantuan kewangan melalui Bank Rakyat. Dengan bantuan KoPerS segala urusan akan menjadi lebih mudah.

2. Mengurangkan nilai saham KoPerS dimana diawal penubuhan Saham KoPerS sebanyak RM250 dan kini hanya RM100 tak termasuk process keahlian sebanyak Rm50 seorang.

3. Akhirat kematian di mana waris ahli akan menerima sumbangan Rm300 (khas bagi ahli yang telah membeli saham KoPerS sahaja)

4. Bonus tahunan akan diberi mengikut nilai keuntungan akaun KoPerS pada tarikh yang berakhir pada menyuarat agung yang akan datang. Bonus tahunan ini akan diberi tertakluk pada yang telah membeli saham KoPerS.


Sekian dulu untuk permulaan


Simah Bte Mamat
Pengerusi Koperasi Persona Solidariti Berhad - KoPerS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan